sinopsis:
Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan
perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara
seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah
filem mengenai 7 PETALA CINTA.
ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan
ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar
Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap
SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan
HAMKA.
Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan
akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di
Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah
meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun
Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat
mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada
Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat
yang sama dengan Saidatul Nafisa.
Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik.
Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila
seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur
oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik
rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan
yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar.
Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai
halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan
Attar bersatu? Apakah niat Nida?
Download AdFly:
http://adf.ly/Rr8xX
http://adf.ly/Rr8xX